Blogger Backgrounds

SYAHADAH

Tuesday 27 December 2011

rukun iman dan islam



Rukun Islam ada 5 perkara
1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah.
-'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya

2. Solat 5 waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
3. Puasa dibulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Tunaikan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya

5. Mengerjakan Haji bagi yang mampu
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempuh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.










Rukun Iman ada 6 perkara :
1. Percaya kepada Allah
-Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafikan segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Percaya kepada Malaikat
-Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.


Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril
Menyampaikan wahyu
Mikail
Membawa rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
'Izrail
Mencabut nyawa
Munkar
Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir
Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib
Mencatit amalan kebajikan
Atid
Mencatit amalan kejahatan
Malik
Menjaga pintu neraka
Ridwan
Menjaga pintu syurga


3. Percaya kepada Kitab-kitab
-Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.


Al-Quran
Injil
Zabur
Taurat
Muhammad
Isa
Daud
Musa
Bahasa Arab
Bahasa Siryani
Bahasa Qibti
Bahasa Ibrani


4. Percaya kepada Rasul
-Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.


ADAM
IDRIS
NUH
HUD
SALEH
IBRAHIM
TUTH
ISMAIL
ISHAK
YA’QUB
YUSUF
AYUB
SYU’AIB
MUSA
HARUN
ZULKIFLI
DAUD
SULAIMAN
ILYAS
ILYASA’
YUNUS
ZAKARIA
YAHYA
ISA
MUHAMMAD (SAW)

5. Percaya kepada Hari Qiamat
-Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Percaya kepada Qada' dan Qadar -
-Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.


    • Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

2 comments: